Bersama membentuk masa depan mereka
"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu sedekahnya yang berterusan, ilmu yang memberi faedah, dan anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."
Lot No. 497 & 498,
Jalan Tanjong, Kg Merawan Indah, Simpang Pulai, 31300 Kg Kepayang, Ipoh, Perak.
Tel: 013-5133454
PERTUBUHAN BAITUL AINI
Bank: MAYBANK BERHAD
Akaun: 508319215623
Bank: AMISLAMIC BANK BHD
Akaun: 0032022007301
Bank: CIMB
Akaun: 12470000350109
Pertubuhan Baitul Aini adalah sebuah pusat tahfiz dan jagaan anak-anak yatim miskin di Ipoh, Perak.
Pertubuhan ini adalah satu-satunya pusat jagaan anak yatim di Perak yang mempunyai kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Majlis Agama Islam Perak dan Selangor, serta Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Pertubuhan ini ditubuhkan khusus untuk mendidik dan membela nasib anak-anak yatim dan miskin bagi menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran di masa akan datang.
Selain menjaga kebajikan mereka, Pertubuhan Baitul Aini juga melengkapkan mereka dengan ilmu akhirat untuk bekalan yang bukan hanya di dunia malah di akhirat kelak, negeri yang kekal abadi.
Alhamdulillah dengan kegigihan sendiri, warga Baitul Aini telah berjaya menghasilkan rakaman Alunan Tahfiz dan juga Surah-surah Pilihan.
Rakaman ini telah dimuatkan ke dalam dua keping cakera padat (audio) dan sedia untuk belian umum bagi membantu tanggungan rumah anak yatim Baitul Aini. Untuk mendengar contoh, sila ke laman lanjutan (lagi).
Berikut adalah keperluan semasa rumah Baitul Aini:
1. Almari-almari pakaian
2. Sofa di ruang tetamu / ruang rehat
Penderma budiman yang ingin menyumbangkan keperluan tersebut diharap dapat memastikan ianya dalam keadaaan baik dan masih elok untuk kegunaan penghuni Baitul Aini. Semoga Allah memurahkan rezeki tuan dan puan semua.
Syarat Kemasukan:
1. Lelaki sahaja
2. Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan bacaan lancar diutamakan
3. Minat yang tinggi untuk menghafaz Al-Quran bukan paksaan waris
4. Tidak merokok, baik akhlak dan ada surat kesihatan hospital kerajaan
Untuk maklumat sila hubungi:
1. Ustaz Abdul Rahim Abu Bakar (019-3355451)
2. Hjh Noraini Abdullah (013-5133454)
Pertubuhan Baitul Aini kini sedang dalam perancangan pembinaan Kompleks Baitul Aini bagi menampung bilangan anak yatim dan pelajar tahfiz yang semakin bertambah. Kompleks ini dirancangkan supaya kemudahan yang lebih lengkap dapat disediakan serta mempunyai ruang-ruang tambahan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti khusus. Kompleks ini akan dibina di alamat seperti di bawah:
PT 1298 (HSD 46415), Pekan Pengkalan Kundang, Rawang, Selangor.
Kos pembinaan adalah sebanyak RM600,000 dan kontraktor terpilih adalah Safe Rule Construction.Alhamdulillah dengan izin Allah, Pertubuhan Baitul Aini telah berjaya mendapatkan sebidang tanah sebesar 2 ekar di Kuang, Selangor:
PT 478 (HSM 822), Batu 18, Kg. Setia, Kawasan Simpanan Melayu Kuang, Mukim Rawang, Selangor.
Tanah ini akan dibangunkan untuk projek Perkampungan Islam Baitul Aini. Di dalam perkampungan ini, keperluan asas masyarakat Islam akan didirikan seperti surau awam, dewan perhimpunan, pusat tahfiz, rumah warga emas, padang rekreasi, bumi hijau dan juga rumah-rumah untuk pelawat yang ingin mendalami ilmu agama. Pelan pembangunan masih di dalam perancangan.
Rumah Anak Yatim Baitul Aini Ipoh akan menjalani pengubahsuaian dan tambahan bangunan untuk memperkemaskan kemudahan rumah anak yatim ini. Rekabentuk telah dilakarkan oleh Taufik Aziz Architect, manakala kerja-kerja pengubahsuaian akan diuruskan oleh YBhg Dato' Hj Muhiyuddin Hj Abdullah, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak.
Projek ini sedang ditunda kerana menunggu persediaan kontraktor yang telah diwakilkan.