Perkampungan Islam Mini Baitul Aini

Projek Perkampungan Islam Mini Baitul Aini ini dimajukan oleh Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini Selangor, di atas tanah seluas 2 ekar beralamat PT 478, Lorong Setia 12, Kg. Setia, Kuang, 48050 Rawang, Selangor. Selain dari membangunkan Maahad Tahfiz Baitul Aini, pusat ini juga melengkapkan pusat pengajian Islam Baitul Aini di mana semua jenis masyarakat Islam dapat mempelajari dan berkongsi ilmu agama dan pengajian Al-Quran.


Matlamat utama adalah untuk membela nasib anak yatim dan miskin. Namun begitu, infrastruktur yang telah sedia ada dapat juga dimanfaatkan sepenuhnya dengan menawarkan pengajian agama kepada orang awam yang ingin mendalami ilmu agama. Keperluan asas masyarakat Islam telah didirikan seperti surau, dewan serbaguna, pusat tahfiz, tapak riadah, tapak pertanian dan juga bilik penginapan tetamu untuk pelawat yang ingin mendalami ilmu agama.
 

Pengajar-pengajar dan penceramah akan berkumpul di pusat ini dan ilmu-ilmu akhirat dapat disebarkan kepada seluruh masyarakat Islam.


Kelas Pengajian Agama

PENGAJIAN YG DITAWARKAN

- Pengajian Bahasa Arab dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Kamil bin Muallah (0193920567), tenaga pengajar Bahasa Arab berpengalaman dan memiliki akademi Bahasa Arab sendirian. Menggunakan teknik yang mudah dan menyeronokkan.

- Pengajian Tahfiz sepenuh masa / Ulang alik.

- Pengajian Fardhu Ain.

- Pengajian Syahadah Al-Quran.

- Pengijazahan sanad Al-Quran.




Pelan Tapak





Akaun Bank

  • Pertubuhan Baitul Aini (MAYBANK)
  • 508319215623

  • Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini Selangor (MAYBANK)
  • 564566301030

  • Maahad Tahfiz Baitul Aini (CIMB)
  • 8602252962

Hubungi Kami

  • Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
  • Hjh. Noraini 013-5133454

  • Maahad Tahfiz Baitul Aini
  • Pn. Nadia 013-3330283

  • Email
  • admin@baitulaini.org

  • Facebook
  • @pertubuhanbaitulaini